Assalamualaikum..
Blog ini adalah untuk peminat dan penyokong Nabila Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Af2013 khususnya untuk BellanisticFansclub. Apa itu Bellanistic? Ha meh nak habaq mai Bellanistic ni datangnya daripada gabungan Bella iaitu nama singkatan untuk nabila dan fantastic. Bella + Fantastic = Bellanistic..Noor Hazimah atau lebih dikenali sebagai kak azi dikalangan BellanisticFansclub adalah orang yang bertanggungjawab keatas fans ini kerana kak azi adalah orang yang menubuhkan club ini. kak Azi tidak keseorang dalam menaikkan club ini kerana dibantu oleh Kak sue, Hanim, Atika, Iwan, Aliff, Salihin, King Crown dan Adam Hani. Mereka adalah orang yang tolong menaikkan nama Bellanistic ketika mula-mula ditubuhkan dan Alhamdulillah sekarang makin ramai yang membantu untuk menaikkan nama BellanisticFansclub antaranya saya sendiri, Diha, Nani, Yana, Ain, Apiz, Farah Soya, Yiyie dan ramai lagi. BellanisticFansclub ditubuhkan pada 8 oktober 2013.
Nabila Razali adalah finalist rancangan realiti nombor 1 di Malaysia Akademi Fantasia 2013. Semasa berada dalam tempoh pembelajaran didalam af2013, Nabila antara peserta yang kurang digemari oleh pengkritik AF2013 kerana sering mendapat komen yang negatif daripada juri. Pun begitu, undian untuknya tidak pernah mengecewakan dan sering mendapat tempat antara yang teratas setiap minggu.Mendapat ejekan suara ‘chipmunk’ oleh peminat AF2013 di laman sosial berserta kutukan yang bertalu-talu, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali, 22, sehingga menyebabkan dia pengsan ketika berada dalam akademi.
Nabila mengakui dirinya sering menangis dek penangan peminat yang membencinya, Nabila tetap dengan pendiriannya mengatakan dia boleh menyanyi dengan baik, namun perlukan sedikit masa untuk membuktikannya.
“Kalau saya tidak boleh menyanyi, saya tidak akan berada di sini sebagai finalisAF2013. Saya akan buktikan juri tidak silap memilih saya menyertai program ini.
“Ia dikuatkan lagi apabila undian untuk saya tetap ada dan saya masih kekal setelah empat minggu berlalu walaupun keluarga tidak mengundi saya.
“Bukan bermaksud keluarga tidak menyokong, cuma mereka mahu tunjukkan jika ada orang luar mengundi saya selain keluarga, bermakna saya ada bakat untuk menyanyi,” katanya mempertahankan tindakan keluarga yang tidak mengundinya.
Sebagai inspirer di minggu ke-7 hingga tamat AF 2013, Siti Nurhaliza berkata peminat tidak boleh menyalahkan Nabila kerana dia dan juga peserta yang lain masih mentah dan banyak yang perlu dipelajari.
“Meskipun sudah masuk minggu ke-7 saya tahu, ramai orang di luar sana yang tidak berpuas hati dengan kewujudan Nabila di AF2013 hingga kini. Tapi saya sendiri mengharapkan yang terbaik daripadanya.
“Kita tak boleh salahkan Nabila kerana kadang-kadang lagu yang diberikan kepadanya sering tidak menjadi. Tambahan pula kebanyakan peserta masih lagi gugup bila tiba hari persembahan mereka, padahal mereka telah lakukan yang lebih baik ketika rehearsal sebelumnya.
Single pertama Nabila berjudul Katakan Saja pernah menjadi juara di Suria.fm selama 10 minggu berturut-turut. (pecah rekod)
Serba sedikit tentang Nabila Razali
Nama Penuh : Nur Nabila Binti Mohd Razali
Profesion Terkini : Masih belajar di USM dalam bidang seni bina (2014)
Nabila seorang yang :
- Suka senyum
- Kelihatan sombong jika bersorangan
- Suka berkawan
- Menyanyi
- Suka melukis
- Takut Hantu
Apa yang nabila suka :
- Suka Barli Ais
- Masakan Ibu
- Jazz
- Adele
- Isla Fisher
- Putih dan Terqouise
- Nabila merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik

![]() |
| Nabila bersama BNF di Rama-rama shop |
![]() |
| open house Nabila bersama BNF |
Antara kata-kata daripada ahli BellanisticFansclub
"saya sayang bella..saya minat dia dari zaman sekolah lagi,,suke tengok muka dia y comel n kekadang tuu sy slalu curi-curi nak tengok die mse perhimpunan tak pon mase kokurikulum"
"pada mulanya saya hanya suka-suka membela nabila kerana sy melihat ramai yang memaki nabila hanya kerana suara chipmunk..dari situ lah sy mula mengenal Adam HAni (orang yang paling banyak membalas ap yang haters cakap tentang bella) dan mula terjebak dalam group ni,, sy jenis yang tak suka melihat orang menindas usaha orang lain,,sebab itu sy membela nabila,,tapi akhirnya Adam hani invite sy untk join BellanisticFans ,,dan dri situ la sy mengenal nabila..dan sy bersyukur kerana dapat kenal dengan Nabila dan juga ahli Bellanistic y awesome ! i love all of you guys !,, #jatuhbangunbersama bnf tetap dalam hati saya !"
"bella sangat talented ! sy tak pernah menyesal support bella .. Always support ! stay strong !"
kepada haters diluar sana , Nabila tidak akan pernah menyerah hanya kerana kata-kata yang keluar dari mulut kamu ,,
Dear Nabila , kami BellanisticFans akan sentiasa berada dibelakang awak .. berusahalah untuk mendapat apa yang awak inginkan ,, InsyaAllah kalau kami boleh tolong,kami pasti akan tolong, Be strong dear ! wish the best for you and your carier.
#haterstolongtepisikit
ucapan selamat hari raya dari BNF
single pertama Nabila
Bila Larut Malam bersama BNF
Katakan saja bersama BNF dan ucapan dari Nabila Razali
Facebook @Nabila Razali
Twitter @NabilaAF2013
Instagram @NabilaRazali
untuk ahli BellanisticFans
Facebook https://www.facebook.com/groups/bellanistic/
Twitter https://twitter.com/BellanisticFans
Instagram http://instagram.com/officialbellanisticfans





No comments:
Post a Comment